Ruang Berita / Pengumuman / Perubahan rejim kawal selia penerbangan awam berhubung dengan Syarikat Pengendalian Darat

Perubahan rejim kawal selia penerbangan awam berhubung dengan Syarikat Pengendalian Darat

22 Apr, 2016

Berdasarkan seksyen 103 (1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (“Akta”), MAVCOM telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh kebenaran bagi pengendali perkhidmatan darat untuk menjalankan perkhidmatan pengendalian darat menurut mana-mana perjanjian (“Perjanjian”) yang telah ditandatangani oleh mereka dengan mana-mana individu sebelum 1 Mac 2016. Tempoh perlanjutan yang diberikan adalah selama 12 sehingga 15 bulan mulai dari 1 Mac 2016 tertakluk kepada tempoh sah Perjanjian tersebut. Oleh itu, individu yang diberi kuasa di bawah seksyen 103 Akta boleh mengendalikan perkhidmatan pengendalian darat sehingga tamat tempoh Perjanjian atau 31 Mei 2017, mengikut mana-mana tarikh yang terdahulu. Sungguhpun begitu, kelulusan ini tertakluk kepada syarat bahawa salinan diperakui bagi semua Perjanjian yang dimeterai oleh individu tersebut diserahkan kepada MAVCOM sebelum atau pada 31 Ogos 2016.

Oleh yang demikian, semua pengedali perkhidmatan darat yang sedia ada adalah dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan lesen pengendalian darat kepada MAVCOM sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tamat tempoh Perjanjian atau 31 Mei 2017, mana yang terdahulu. Permohonan ini akan dianggap sebagai permohonan baru. Semua pemohon digalakkan untuk memohon awal.