Ruang Berita / Pengumuman / Pembekuan Permohonan Baru untuk Syarikat Pengendalian Darat

Pembekuan Permohonan Baru untuk Syarikat Pengendalian Darat

25 Apr, 2016

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenakan pembekuan ke atas semua permohonan baru lesen pengendalian darat sehingga ke suatu masa yang  ditentukan MAVCOM. Pembekuan ini tidak terpakai kepada individu yang telah diberi kuasa  di bawah seksyen 103 (1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. MAVCOM akan membuat pengumuman mengenai penamatan tarikh pembekuan ini pada masa yang bersesuaian.