Ruang Berita / Pengumuman / Soalan Lazim Untuk Penumpang Rayani Air

Soalan Lazim Untuk Penumpang Rayani Air

13 Jun, 2016

1. Apakah maksud pembatalan ASL Rayani Air kepada pengguna?

Pihak pengguna tidak lagi boleh membuat sebarang tempahan dengan Rayani Air. Para pengguna yang telah membeli tiket dengan Rayani Air perlu menghubungi syarikat penerbangan tersebut dan kemukakan borang tuntutan untuk proses pemulangan wang.

2. Bagaimana pula dengan para pengguna yang terjejas akibat pembatalan ASL ini? Adakah mereka akan diberikan pampasan?

Semua syarikat penerbangan dikehendaki untuk memiliki prosedur untuk membuat pemulangan wang kepada pengguna dan Rayani Air adalah tidak terkecuali. Para pengguna perkhidmatan Rayani Air perlu mengemukakan tuntutan mereka kepada Rayani Air untuk mendapatkan pemulangan wang.

3. Apa langkah yang boleh pengguna-pengguna ambil sekiranya Rayani Air gagal untuk memulangkan wang mereka?

Para pengguna boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat penerbangan tersebut berdasarkan undang-undang sedia ada. Bagi tuntutan yang bernilai kurang daripada RM5,000, pengguna boleh memfailkan tuntutan mereka di Mahkamah Majistret.

4. Apakah peranan MAVCOM dalam membantu pengguna?

Peranan MAVCOM adalah untuk membantu menyelesaikan aduan. Para pengguna yang terjejas dengan pembatalan ASL ini boleh membuat aduan dengan MAVCOM. MAVCOM kemudiannya boleh mendengar dan membuat keputusan terhadap aduan tersebut untuk melindungi hak-hak pengguna yang sah. MAVCOM mempunyai kuasa untuk memohon agar keputusan yang telah dibuat olehnya untuk didaftarkan sebagai keputusan Mahkamah Tinggi.