Ruang Berita / Pengumuman / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Ground Team Red Sdn. Bhd. (“GTR”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Ground Team Red Sdn. Bhd. (“GTR”)

26 Sep, 2016

MAVCOM memberikan GTR Kelulusan Bersyarat bagi GHL tertakluk kepada GTR memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2016 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 30 September 2017. Pemberian GHL hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa GTR telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh GTR kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan GHL mereka.