Ruang Berita / Pengumuman / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada KL Airport Services Sdn. Bhd. (“KLAS”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada KL Airport Services Sdn. Bhd. (“KLAS”)

31 Okt, 2016

MAVCOM memberikan KLAS Kelulusan Bersyarat bagi GHL tertakluk kepada KLAS memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 November 2016 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 October 2017. Pemberian GHL hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa KLAS telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh KLAS kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan GHL mereka.