Newsroom / Announcements / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Executive Jets Asia Sdn. Bhd. (“EJASB”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Executive Jets Asia Sdn. Bhd. (“EJASB”)

31 Mac, 2017

MAVCOM memberikan EJASB Kelulusan Bersyarat bagi ASP tertakluk kepada EJASB memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 April 2017 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 Mac 2018. Pemberian ASP hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa EJASB telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh EJASB kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan ASP mereka.