Newsroom / Announcements / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd. (“Petron”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd. (“Petron”)

30 Mei, 2017

MAVCOM memberikan Petron Kelulusan Bersyarat bagi GHL tertakluk kepada Petron memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 Mei 2018. Pemberian GHL hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa Petron telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh Petron kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan GHL mereka.