Newsroom / Announcements / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Berjaya Air Sdn. Bhd. (“Berjaya”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Berjaya Air Sdn. Bhd. (“Berjaya”)

28 Ogo, 2017

MAVCOM memberikan Berjaya Kelulusan Bersyarat bagi ASP tertakluk kepada Berjaya memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 September 2017 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 Ogos 2018. Pemberian ASP hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa Berjaya telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh Berjaya kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan ASP mereka.