Sumber-Sumber / Keputusan, Arahan dan Notis / KonsultasiKertas Rundingan Mengenai Draf Garis Panduan Berkenaan Penentuan Penalti Kewangan dan Draf Garis Panduan Berkenaan Rejim Kelonggaran

Kertas Rundingan Mengenai Draf Garis Panduan Berkenaan Penentuan Penalti Kewangan dan Draf Garis Panduan Berkenaan Rejim Kelonggaran

18 Mei, 2018

Berkuatkuasa daripada 1 Mac 2016, undang-undang persaingan yang terpakai bagi perkhidmatan penerbangan di Malaysia adalah seperti yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015, khususnya Bahagian VII (Persaingan) Akta tersebut. Sebagai penguatkuasa undang-undang persaingan bagi perkhidmatan penerbangan, MAVCOM akan mengeluarkan beberapa garis panduan di bawah seksyen 65 Akta tersebut bagi menjelaskan analisis yang digunakan serta faktor yang dipertimbangkan oleh MAVCOM dalam pelaksanaan Bahagian VII Akta tersebut.

MAVCOM mengalu-alukan sebarang maklum balas serta komen berhubung Draf Garis Panduan berkenaan Penentuan Penalti Kewangan dan Draf Garis Panduan Berkenaan Rejim Kelonggaran. Maklum balas berhubung dengan draf Garis Panduan ini hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada competition@mavcom.my sebelum atau pada 18 Jun 2018.

Draf Garis Panduan berkenaan Penentuan Penalti Kewangan
Draf Garis Panduan berkenaan Rejim Kelonggaran