Tentang Kami / Anggota Suruhanjaya

Anggota Suruhanjaya

YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdullah bin Ahmad, TUDM (Bersara) – Pengerusi Eksekutif

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdullah bin Ahmad ialah Pengerusi Eksekutif MAVCOM yang pertama. Beliau pernah berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari tahun 2003 sehingga 2004. Sepanjang kerjaya beliau bersama TUDM, beliau telah menyandang pelbagai jawatan di peringkat tertinggi seperti Pengarah Divisyen Latihan TUDM; Komander

Pertahanan Udara; Komandan Kolej Pertahanan Malaysia dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk Langkawi Aerospace Training Centre dan juga pengarah di Atlan Holdings Bhd., Naluri Corporation Bhd. serta DFZ Capital Bhd.

Beliau telah menamatkan pengajian beliau dari Royal Air Force Staff College di Bracknell, United Kingdom pada tahun 1982 dan turut merupakan pemegang ijazah dan sijil daripada Monterey Naval Academy dan Harvard University. Beliau juga turut memiliki Ijazah Sarjana dalam Kajian Strategik dan Perhubungan Antarabangsa dan Pengajian Strategik dari Lancaster University.

YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin bin Hj. Kasim

Datuk Seri Hj. Saripuddin bin Hj. Kasim kini berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MoT). Beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Diploma Lanjutan Pengurusan Awam dari INTAN dan juga pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (Kewangan Korporat) daripada Hartform University, Connecticut, Amerika Syarikat.

YBhg. Dato’ Nik Azman Nik Abdul Majid

Dato’ Nik Azman Nik Abdul Majid kini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau pernah bertugas di Kementerian Kewangan, di mana beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan analisis ekonomi, pengurusan hutang dan belanjawan. Sebelum itu, beliau telah dipinjamkan kepada World Bank di Washington D.C. dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Tugas-Tugas Khas.

Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah untuk Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan turut dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Unit Audit KEJORA. Beliau juga merupakan ahli Majlis MARA di mana beliau meanggotai kedua-dua Jawatankuasa Audit dan Lembaga Promosi Majlis MARA. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah serta ahli Jawatankuasa Perjawatan dan Penggajian untuk UDA Holdings Berhad.

Beliau juga pernah menyumbangkan kepakarannya dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kesembilan, Kesepuluh dan Kesebelas.

Dato’ Nik Azman memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Nebraska-Lincoln. Beliau juga pernah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan (AMP) di Harvard Business School yang bertempat di Amerika Syarikat.

YBhg. Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi binti Yusoff

Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi binti Yusoff merupakan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah berkhidmat sebagai penjawat awam lebih daripada 30 tahun termasuk memegang jawatan-jawatan tinggi di Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Tenaga dan INTAN.

Datuk Seri Dr. Rahamat juga salah seorang ahli Lembaga Pengarah di dalam beberapa agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand (MTJA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan MASS Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp). Beliau turut merupakan ahli bagi beberapa pihak berkuasa yang berkaitan dengan perkara ekonomi dan pembangunan negara.

Datuk Seri Dr. Rahamat merupakan graduan Ijazah Sarjana Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Ijazah Sarjana Ekonomi dari Western Michigan University dan Ijazah Kedoktoran dari Australian National University.

YBhg. Dato’ Mah Weng Kwai

Sebagai bekas hakim di Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Rayuan, Dato’ Mah Weng Kwai telah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwaraya dan Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara. Beliau juga bekas Ahli Jawatankuasa Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang dan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.

Dato’ Mah pernah menyandang jawatan Presiden Majlis Peguam Malaysia (2001-2003) dan Presiden LAWASIA (2006-2008). Kini beliau berkhidmat sebagai salah seorang Konsultan di firma undang-undang Tetuan MahWengKwai & Associates. Beliau juga di dalam panel Timbang Tara Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur. Dato’ Mah telah dilantik sebagai Barrister-at- Law, Majlis Peguam England pada tahun 1971 dan Peguambela dan Peguamcara, Majlis Peguam Malaysia pada tahun 1972. Beliau memegang Ijazah Sarjana Undang-Undang daripada Sydney University di mana beliau merupakan Felo Majlis Senator di universiti tersebut.

Dato’ Mah Weng Kwai dilantik sebagai Barrister-at-Law, Majlis Peguam England pada tahun 1971 dan Peguambela dan Peguamcara, Majlis Peguam Malaysia pada tahun 1972. Beliau juga memiliki Sarjana Undang-Undang dari University of Sydney di mana beliau adalah Felo di dalam Senat universiti tersebut.

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Chor Chee Heung

Tan Sri Dato’ Seri Chor Chee Heung telah memegang pelbagai jawatan dalam Kerajaan Persekutuan daripada tahun 1996 sehingga tahun 2013 termasuklah sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Kewangan dan Setiausaha Parlimen di MoT. Beliau pernah mewakili kerajaan dan Parlimen di persidangan ASEAN serta Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN (AIPO). Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. dan juga penasihat kepada Melati Ehsan Bhd. dan Pengerusi Maxim Holdings Bhd.

Tan Sri Dato’ Seri Chor telah berkhidmat sebagai seorang peguam dari tahun 1981 sehingga beliau dilantik sebagai ahli kabinet pada tahun 1996.

YBhg. Datuk Seri Long See Wool

Datuk Seri Long See Wool telah berkhidmat lebih daripada 34 tahun di MoT khususnya di dalam bidang yang berkaitan dengan industri penerbangan. Sepanjang di MoT, beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha (Pengangkutan Udara) dan Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan Lapangan Terbang) Bahagian Udara. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Udara dari 16 Mei 2002 hingga 1 November 2006 dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan).

Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Setiausaha MoT yang dipegangnya sebelum persaraannya daripada perkhidmatan awam pada tahun 2014. Datuk Seri Long memegang pelbagai ijazah dan diploma dari Universiti Malaya dan INTAN.

YBhg. Dato’ Fauziah binti Yaacob

Dato’ Fauziah binti Yaacob telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah beberapa syarikat seperti Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) dan Prokhas Sdn. Bhd. Sepanjang kerjaya beliau di dalam perkhidmatan awam, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting di dalam Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan dan juga MoT. Jawatan terakhir sebelum persaraannya daripada perkhidmatan awam pada 2015 adalah Timbalan Setiausaha Agung Perbendaharaan (Pelaburan).

Dato’ Fauziah juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Kanan di Kuala Lumpur International Airport Bhd. dari tahun 1993 sehingga 1996. Beliau memegang beberapa ijazah dan diploma daripada pelbagai institusi pengajian termasuk Liverpool University, Universiti Malaya dan INTAN.

YBhg. Dato’ Ir Dr Shaik Hussein bin Mydin

Dato’ Ir Dr. Shaik Hussein bin Mydin telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sejak tahun 2013. Beliau juga merupakan Pengerusi Jabatan Perancangan dan Pembangunan di PERDA dan ahli lembaga pengarah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) sejak bulan Mei 2016.

Dato’ Ir Dr. Shaik Hussein memegang ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan (Pembinaan dan Teknologi) dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Sains dengan pengkhususan dalam Pengurusan Projek daripada Universiti Sains Malaysia. Di samping itu, beliau telah menamatkan pengajian ijazah sarjana muda, diploma dan sijil dalam beberapa bidang kejuruteraan awam daripada institusi-insititusi tempatan.

Dato’ Ir Dr. Shaik Hussein memegang keahlian di dalam pelbagai badan-badan professional di Malaysia termasuk Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Institusi Jurutera Malaysia (IEM).

YBrs. Dr. Nungsari Ahmad Radhi

Dr. Nungsari Ahmad Radhi ialah Pengarah Urusan Prokhas Sdn. Bhd., sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd., Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd. dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd. Beliau juga merupakan Pegawai Utama di DanaInfra Nasional Bhd. dan merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah bagu Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam.

Sepanjang kerjaya beliau selama 30 tahun, beliau telah berkhidmat dalam bidang akademik, penasihat korporat, penyelidikan ekonomik, Ahli Parlimen dan penasihat dasar. Beliau memegang ijazah kedoktoran PhD dalam bidang Ekonomi daripada Purdue University dan turut menyumbang hasil penulisan beliau kepada akhbar The Edge sejak tahun 2000 lagi.