Industri / Obligasi Perkhidmatan Awam

Obligasi Perkhidmatan Awam

MAVCOM diberi kuasa untuk mentadbir dan mengurus laluan obligasi perkhidmatan awam. Di Malaysia, contoh utama bagi laluan ini ialah Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) yang menyediakan perhubungan secara pengangkutan udara bagi kawasan pedalaman, kurang berpenghuni serta kawasan yang tidak dapat dihubungkan melalui mod pengangkutan yang lain.

Syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan kewajipan perkhidmatan awam layak untuk menerima dana daripada Dana Perkhidmatan Awam Malaysia.

Jika anda ada sebarang soalan mengenai laluan obligasi perkhidmatan awam atau penggunaan Dana Perkhidmatan Awam, sila hubungi kami.