Industri / Penguntukan Slot

Penguntukan Slot

Penguntukan slot merujuk kepada kaedah pembahagian akses terhadap waktu pelepasan dan pendaratan di lapangan terbang atau kemudahan-kemudahan aerodrom lain kepada syarikat-syarikat penerbangan.

Apabila beroperasi di Malaysia, semua pesawat dikehendaki mematuhi slot masa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Mereka juga perlu mengelakkan daripada menggunakan slot yang diperuntukkan dengan cara yang boleh menjejaskan operasi lapangan terbang atau trafik udara.

MAVCOM bertanggungjawab untuk memantau dan menyelia pengurusan proses penguntukan slot bagi semua lapangan terbang di Malaysia. Proses penguntukan slot tersebut, yang sebelum ini dikendalikan oleh Malaysian Airline System Berhad (MAS), kini diuruskan oleh Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).