Industri / Persaingan / Percantuman

Percantuman

Percantuman boleh mengubah landskap persaingan dalam pasaran perkhidmatan penerbangan secara dramatik. Untuk tujuan ini, situasi-situasi berikut adalah dianggap sebagai percantuman di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015:

  • dua atau lebih perusahaan yang berasingan sebelum itu, yang bercantum menjadi satu;
  • satu atau lebih individu atau perusahaan memperoleh kawalan terhadap perusahaan yang lain;
  • satu perusahaan memperoleh aset syarikat lain yang menyebabkan perusahaan pembeli itu menggantikannya dalam perniagaan itu; atau
  • suatu usaha sama yang membentuk, pada hakikatnya, suatu entiti ekonomi yang berautonomi.

MAVCOM melarang sebarang percantuman yang akan mengurangkan persaingan yang substantial dalam sebarang pasaran perkhidmatan penerbangan.

Jika perusahaan anda akan terlibat dalam apa-apa percantuman yang dijangkakan atau telah dilaksanakan, anda boleh secara sukarela memaklumkan kepada MAVCOM tentang percantuman yang tersebut bagi mendapatkan keputusan sama ada ia akan melanggar larangan berkaitan percantuman. Kemukakan semua dokumen dan surat berkaitan percantuman menerusi halaman hubungi kami.

(Penggal 4 Bahagian VII, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015)