Industri / Persaingan / Perjanjian antipersaingan

Perjanjian antipersaingan

Sebarang perjanjian yang mempunyai matlamat atau kesan untuk menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan adalah dilarang di bawah undang-undang Malaysia. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perjanjian yang melibatkan:

  • penetapan harga;
  • perkongsian pasaran perkhidmatan penerbangan atau punca bekalan;
  • pembatasan atau peengawalan pengeluaran;
  • pembatasan atau pengawalan salur keluar pasaran atau capaian pasaran;
  • pembatasan atau pengawalan pembangunan teknikal atau teknologi;
  • pembatasan atau pengawalan pelaburan; dan
  • penipuan bida.

MAVCOM mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan dan meluluskan pengecualian individu atau blok di bawah keadaan tertentu.

(Penggal 2, Bahagian VII, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015)