KETAHUI
HAK ANDA
SEBELUM PENERBANGAN

Harga Tiket

Apabila membeli tiket penerbangan, anda sepatutnya diberi maklumat mengenai kos tiket sepenuhnya, butiran syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan anda, sebarang perubahan pada butiran penerbangan serta terma dan syarat penuh (T&C). Sila semak T&C tiket anda. Baca Selanjutnya.

Tuntutan dan Pampasan

* Jika beg atau peralatan bantu mobiliti anda tidak sampai dalam penerbangan yang sama atau hilang atau rosak, anda boleh menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan anda. Baca Selanjutnya.

Caj-caj Penerbangan

Harga tiket tidak boleh dinaikkan setelah pembayaran dibuat dan syarikat penerbangan tidak boleh menambah sebarang perkhidmatan tambahan secara automatik kepada harga tiket tanpa pengetahuan anda. Anda sepatutnya diberi pilihan untuk menambah perkhidmatan tambahan ('opt-in') dan bukannya memilih keluar ('opt-out'). Sila semak pilihan perkhidmatan anda sebelum membuat bayaran. Baca Selanjutnya.

Larangan Menaiki Pesawat

* Anda berhak menerima pampasan jika anda dilarang menaiki pesawat. Baca Selanjutnya.

Penundaan dan Pembatalan Penerbangan

* Anda sepatutnya diberi pampasan jika penerbangan anda mengalami penangguhan melebihi tempoh 2 jam atau jika penerbangan anda dibatalkan. Baca Selanjutnya.

Orang Kurang Upaya

Syarikat penerbangan hendaklah menyediakan bantuan bermula dari masa anda tiba di lapangan terbang sehinggalah pelepasan. Sila maklumkan keperluan anda kepada syarikat penerbangan anda sekurang-kurangnya 48 jam sebelum pelepasan. Baca Selanjutnya.

* Contoh-contoh pampasan adalah dalam bentuk makanan, akses internet, penginapan, pengangkutan, gantian penerbangan atau pemulangan wang tunai. Sila rujuk Kod Perlindungan Pengguna - Jadual Satu di laman web kami (www.mavcom.my) untuk butiran lanjut

Kaedah untuk membuat aduan:

Langkah 1: Hubungi syarikat penerbangan / operator lapangan terbang jika anda mengalami sebarang isu seperti di atas

Langkah 2: Jika aduan anda tidak diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh aduan asal anda, sila kemukakan aduan di sini

5 perkara yang perlu dilakukan sebelum anda terbang

Periksa status perjalanan anda. Bagi rakyat Malaysia, sila lawati http://sspi2.imi.gov.my/

Ambil gambar dokumen perjalanan sebagai salinan digital di dalam telefon anda dan pastikan pasport anda masih sah laku dalam tempoh 6 bulan atau lebih

Jangan letakkan barangan berharga seperti wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting di dalam beg yang anda periksa masuk

Ambil gambar beg anda sebagai rujukan seandainya ia hilang dan letakkan butiran hubungan atau kad perniagaan dalam beg anda

Sertakan butiran anda semasa membuat tempahan untuk memastikan anda menerima maklumat terkini mengenai sebarang perubahan penerbangan