Pengguna / Aduan / Buat aduan

Buat aduan

Sudahkah anda membuat laporan kepada syarikat penerbangan, operator lapangan terbang atau pengendali perkhidmatan penerbangan bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyelesaikan isu anda? Bagi peringkat awal, mereka adalah pilihan yang terbaik bagi menyelesaikan isu yang anda hadapi. Untuk menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan syarikat penerbangan atau operator lapangan terbang yang berkenaan, anda boleh mendapatkan butiran lanjut di halaman ini.

Sekiranya sesebuah syarikat penerbangan, operator lapangan terbang atau pengendali perkhidmatan penerbangan tidak menyelesaikan aduan anda selepas 30 hari daripada tarikh aduan asal anda, anda boleh mengemukakan aduan kepada MAVCOM. Selepas anda berbuat demikian, anda akan menerima maklum balas awal daripada kami dalam tempoh 7 hari. Kami mungkin akan meminta anda mengemukakan dokumen dan maklumat tambahan bagi membantu kami menangani kes anda.

Sekiranya anda telah mengemukakan aduan anda kepada MAVCOM, sila rujuk di sini bagi memeriksa status kes anda.

Kami juga mempunyai sebuah video pendek yang menerangkan tentang hak-hak anda sebagai penumpang pesawat, sila klik di sini untuk melihat video tersebut.