Pengguna / Caj / Kenaikan harga selepas pembelian

Kenaikan harga selepas pembelian

Secara amnya, syarikat penerbangan tidak boleh menaikkan harga tiket selepas pembayaran telah dibuat. Satu-satunya pengecualian adalah jika terdapat pertambahan bagi apa-apa cukai atau bayaran yang ditetapkan oleh Kerajaan, atau fi yang dikenakan oleh Suruhanjaya.

Ilustrasi 1

Ali membeli tiket penerbangan ke China dari laman sesawang Syarikat Penerbangan XYZ. Jumlah yang dipaparkan di halaman pengesahan akhir adalah RM2,500. 2 jam kemudian, Syarikat Penerbangan XYZ menghantar e-mel kepada Ali dan meminta Ali membayar jumlah tambahan sebanyak RM500. Ini kerana laman sesawang Syarikat Penerbangan XYZ mengalami masalah sistem dan jumlah sebenar tiket adalah RM3,000. Adakah Ali perlu membayar baki sebanyak RM500?

Ilustrasi 2

Hani membeli tiket penerbangan ke Hong Kong dari laman sesawang Syarikat Penerbangan XYZ. Jumlah yang dipaparkan di halaman pengesahan akhir adalah RM1,500. Pada masa daftar masuk, Syarikat Penerbangan XYZ meminta Hani membayar jumlah tambahan sebanyak RM500. Syarikat Penerbangan XYZ menjelaskan bahawa laman sesawang Syarikat Penerbangan XYZ mengalami masalah sistem dan jumlah sebenar tiket adalah RM2,000. Adakah Hani perlu membayar baki sebanyak RM500?

  • Syarikat penerbangan tidak boleh menambah harga selepas pembelian tiket penerbangan melainkan jika peningkatan itu disebabkan oleh peningkatan cukai kerajaan atau caj yang dikenakan oleh Suruhanjaya.
  • Dalam kedua-dua kes ini, Ali dan Hani tidak perlu membayar bayaran tambahan RM500 kerana harga akhir yang dipaparkan pada waktu pembelian tiket adalah RM2,500 dan RM1,500 masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) – Bahagian II, Perenggan 4: Takat Perkhidmatan Minimum dan Standard Prestasi Syarikat Penerbangan dan Pengendali AerodromLarangan Menaikkan Harga Selepas Pembelian.

Anda juga boleh merujuk kepada video animasi pendek kami berkenaan topik ini: