Tentang Kami / Pengurusan Kanan

Pengurusan Kanan

Azmir Zain – Ketua Pegawai Operasi

Selaras dengan peranannya sebagai Ketua Pegawai Operasi MAVCOM, Azmir merupakan peneraju utama bagi pihak pengurusan MAVCOM dalam usaha pembangunan dan kawal selia di dalam industri penerbangan Malaysia, sebelum menyertai MAVCOM, beliau merupakan Pengarah Pelaburan di Khazanah. di mana beliau menguruskan pelaburan- pelaburan Khazanah Nasional Bhd. khususnya dalam sektor penerbangan. Azmir memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dari Oxford University dan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari European Institute of Business Administration (INSEAD). Beliau juga merupakan seorang Akauntan Bertauliah Bersekutu di bawah Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Germal Singh Khera – Pengarah, Pembangunan Penerbangan

Germal mengetuai unit Pembangunan Penerbangan di MAVCOM. Pengalaman beliau dalam industri penerbangan mencecah 34 tahun dimana beliau pernah bersama Malaysia Airlines dengan jawatannya yang terakhir sebagai Naib Presiden Kanan, Bahagian Hal- Ehwal Kerajaan dan Antarabangsa. Pada tahun 2014, Germal menyertai AirAsia Bhd. sebagai Ketua Kawal Selia dan Perhubungan Lapangan Terbang. Germal juga telah menyumbangkan kepakarannya di dalam beberapa jawatankuasa dan lembaga-lembaga di dalam industri seperti Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) / Pertubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Aeropolitikal Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA), Jawatankuasa Pengurusan Oneworld dan Pengerusi Board of Airline Representatives di Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dari London University.

Pushpalatha Subramaniam – Pengarah, Hal Ehwal Pengguna

Sebagai Pengarah Hal-Ehwal Pengguna MAVCOM, Pushpa bertanggungjawab menguruskan hal perlindungan pengguna dan menyelia mekanisme penyelesaian bagi aduan-aduan pelanggan dan menerajui usaha-usaha yang berkaitan dengan meningkatkan kesedaran mengenai hak pengguna di dalam sektor perkhidmatan penerbangan Malaysia.Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun di dalam industri penerbangan ini dengan kepakaran dalam pengurusan hal-ehwal pengguna. Sebelum berkhidmat dengan MAVCOM, Pushpa berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Hal-Ehwal Pengguna di Malaysia Airlines an kemudian sebagai Ketua Bahagian Pengalaman Pengguna Bank Standard Chartered Malaysia. Pushpa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan daripada Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia. Beliau juga merupakan ahli Worldwide Airline Customer Relations Association (WACRA) selama 5 tahun.

Wizan Wan Nawang – Pengarah, Perkhidmatan Korporat dan Kewangan

Wizan mengetuai Unit Perkhidmatan Korporat dan Kewangan MAVCOM di mana beliau memantau urusan kewangan dan perkhidmatan korporat termasuk bahagian sumber manusia. Sebelum menyertai MAVCOM, Wizan merupakan Pengurus Kewangan & Kawalan, Kecemerlangan Perniagaan Berterusan Nestlé (NCE) di Nestlé Products Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab memastikan strategi dan inisiatif NCE Nestlé sejajar dengan kehendak Bahagian Kewangan dan Kawalan Nestlé. Pengalaman beliau di syarikat Nestlé yang lebih daripada 20 tahun itu memberikan beliau kepakaran di dalam pengurusan dan kewangan di dalam Bidang Perniagaan Makanan Sejuk, Aiskrim dan Audit Dalaman. Beliau kemudian ditugaskan ke Manila, Filipina selama 4 tahun untuk menguruskan Bahagian Perkhidmatan Kewangan di Pusat Perkhidmatan Bersepadu Nestlé untuk Zon Asia, Oceania, Afrika dan Timur Tengah. Wizan memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari Murdoch University dan Diploma Perkomputeraan Perniagaan dari Edith Cowan University di Perth, Australia Barat.

Dr. Wan Khatina Nawawi – Pengarah, Ekonomi

Khatina menyertai MAVCOM sebagai Pengarah Ekonomi. Sebelum menyertai MAVCOM, beliau merupakan Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah. Latar belakang Khatina lebih khusus kepada penyelidikan dan ekonomi dan beliau telah memegang pelbagai jawatan kanan seperti Penasihat Ekonomi untuk Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Pengarah Penyelidikan dan Strategi Pelaburan di Khazanah Nasional Bhd. dan Pakar Ekonomi Serantau Kanan untuk Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Pakar Ekonomi Serantau di SG Research, sebahagian daripada Kumpulan Perbankan Societe Generale. Khatina merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Ekonomi Asia dan Sejarah Ekonomi dari Melbourne University; Sarjana Pengurusan Perniagaan di dalam Pengurusan Sektor Awam dan Strategi dari Melbourne Business School; Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard; Sarjana Ekonomi di dalam Undang-Undang Persaingan dan mempunyai Doktor Falsafah di dalam Undang-Undang Persaingan dari King’s College di London.