Ruang Berita / Pengumuman / Perubahan rejim kawal selia penerbangan awam berhubung dengan Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”)
Perubahan rejim kawal selia penerbangan awam berhubung dengan Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”)
Seksyen 102(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (“Akta”) memperuntukkan bahawa semua kelulusan yang berkaitan dengan perkara di bawah Akta ini dan yang belum diputuskan oleh Menteri Pengangkutan (“MOT”) atau Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (“DCA”) di bawah Akta Penerbangan Awam 1969 (“CAA”), hendaklah diuruskan oleh MAVCOM.
Seksyen 102(2) Akta turut menyatakan bahawa semua dokumen berkaitan dengan perkara-perkara di bawah Akta ini yang telah diserahkan kepada MOT atau DCA bawah CAA sebelum 1 Mac 2016 kini hendaklah diserahkan kepada MAVCOM.