Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Pengumuman / Pemberian Hak Trafik Udara kepada AirAsia X bagi perkhidmatan di antara Kuala Lumpur dan Gold Coast

Pemberian Hak Trafik Udara kepada AirAsia X bagi perkhidmatan di antara Kuala Lumpur dan Gold Coast

29 Apr, 2016

MAVCOM memberikan AirAsia hak trafik udara tambahan sebanyak empat (4) kali seminggu bagi perkhidmatan berjadual bagi laluan Kuala Lumpur – Gold Coast v.v. berkuatkuasa Julai 2016. Secara keseluruhannya, syarikat penerbangan itu kini mengadakan perkhidmatan berjadual sebanyak 11 kali seminggu ke laluan tersebut.