Pilih satu Halaman
Ruang Berita / Pengumuman / Pemberian Hak Trafik Udara kepada Malindo Air untuk perkhidmatan di antara Kuala Lumpur dan Bandung

Pemberian Hak Trafik Udara kepada Malindo Air untuk perkhidmatan di antara Kuala Lumpur dan Bandung

24 Mei, 2016

MAVCOM memberikan penambahan hak trafik udara sebanyak tujuh (7) kali seminggu bagi perkhidmatan berjadual ke laluan Kuala Lumpur – Bandung kepada Malindo Air berkuatkuasa 1 Julai 2016. Secara keseluruhannya, syarikat penerbangan itu kini mengadakan perkhidmatan berjadual sebanyak 14 kali seminggu ke laluan tersebut.