Pilih satu Halaman
Ruang Berita / Pengumuman / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Asia Tenggara Aviation Services Sdn Bhd (“ATAS”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Asia Tenggara Aviation Services Sdn Bhd (“ATAS”)

30 Jun, 2016

MAVCOM memberikan ATAS Kelulusan Bersyarat bagi ASP tertakluk kepada ATAS memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 dan sah untuk tempoh 12 bulan sehingga 30 Jun 2017. Pemberian ASP hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa ATAS telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh ATAS kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan ASP mereka.