Pilih satu Halaman
Ruang Berita / Pengumuman / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada flyGlobal Charter Sdn Bhd (“flyGlobal”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada flyGlobal Charter Sdn Bhd (“flyGlobal”)

29 Jul, 2016

MAVCOM memberikan flyGlobal Kelulusan Bersyarat bagi ASP tertakluk kepada flyGlobal memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2016 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 Julai 2017. Pemberian ASP hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa flyGlobal telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh flyGlobal kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan ASP mereka.