Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Kenyataan Media / MAVCOM menasihati pengguna perkhidmatan Rayani Air mengenai kemungkinan pembayaran balik ke atas kad kredit atau kad debit

MAVCOM menasihati pengguna perkhidmatan Rayani Air mengenai kemungkinan pembayaran balik ke atas kad kredit atau kad debit

26 Ogo, 2016

Kuala Lumpur, 26 Ogos 2016: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (“MAVCOM” atau “Suruhanjaya”) menasihati para pengguna perkhidmatan Rayani Air yang telah membuat pembelian tiket menggunakan kad kredit atau debit, tetapi tidak dapat meneruskan penerbangan mereka berikutan pembatalan operasi Rayani Air, untuk membuat permohonan bayaran balik dengan pihak bank yang telah mengeluarkan kad kredit atau debit tersebut bagi mendapatkan balik wang mereka.

Pertanyaan mengenai bayaran balik harus dibuat terus kepada bank yang telah mengeluarkan kad kredit/debit di dalam kategori “perkhidmatan yang tidak diterima” atau kategori yang sama.

Setiap bank yang mengeluarkan kad kredit/debit mungkin mempunyai terma dan syarat yang berlainan berkenaan perkhidmatan bayaran balik, jadi adalah wajar bagi pengguna-pengguna perkhidmatan Rayani Air untuk menghubungi pihak bank dengan segara. Pengguna juga mungkin perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada bank tersebut bagi proses bayaran balik.

*Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air dibatalkan pada 13 Jun 2016.