Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Brahim’s SATS Food Services Sdn. Bhd. (“Brahim’s”)
MAVCOM memberikan Brahim’s Kelulusan Bersyarat bagi GHL tertakluk kepada Brahim’s memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 September 2016 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 Ogos 2017. Pemberian GHL hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa Brahim’s telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh Brahim’s kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan GHL mereka.