Ruang Berita /Â Kenyataan Media / Pesawat Terlebih Tempahan dan Hak Pengguna
Pesawat Terlebih Tempahan dan Hak Pengguna
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ingin menjelaskan bahawa tempahan tiket penerbangan merupakan keputusan komersial yang dibuat oleh setiap syarikat penerbangan yang berpandukan langkah dan garis panduan syarikat penerbangan masing-masing.
Menurut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), pengguna yang dilarang menaiki pesawat oleh kerana tempahan berlebihan yang dibuat oleh syarikat penerbangan harus diberi pampasan atau penjagaan dalam bentuk makanan, panggilan telefon dan akses internet; penginapan dan pengangkutan (mana yang munasabah); dan pilihan antara bayaran balik sepenuhnya atau penerbangan gantian. Syarikat penerbangan perlu terlebih dahulu menghubungi penumpang untuk menyerahkan kerusi mereka dalam pertukaran untuk pampasan atau penjagaan tersebut.
Sekiranya pengguna tidak menerima pampasan yang adil atau mempunyai aduan yang sah terhadap syarikat penerbangan mengenai larangan menaiki pesawat, mereka boleh membuat laporan kepada MAVCOM untuk menyiasat aduan tersebut.