Pilih satu Halaman

Newsroom / Announcements / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Asia Jets Partners Malaysia Sdn. Bhd. (“AJPM”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Asia Jets Partners Malaysia Sdn. Bhd. (“AJPM”)

27 Apr, 2017

MAVCOM memberikan AJPM Kelulusan Bersyarat bagi ASP tertakluk kepada AJPM memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Mei 2017 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 30 April 2018. Pemberian ASP hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa AJPM telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh AJPM kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan ASP mereka.