Newsroom / Announcements / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Eastflite Aviation Services Sdn Bhd (“Eastflite”)
Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) kepada Eastflite Aviation Services Sdn Bhd (“Eastflite”)
MAVCOM memberikan Eastflite Kelulusan Bersyarat bagi ASP tertakluk kepada Eastflite memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Mei 2017 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 30 April 2018. Pemberian ASP hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa Eastflite telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh Eastflite kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan ASP mereka.