Pilih satu Halaman

Newsroom / Announcements / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Malindo Airways Sdn. Bhd. (“Malindo”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Malindo Airways Sdn. Bhd. (“Malindo”)

30 Mei, 2017

MAVCOM memberikan Malindo Kelulusan Bersyarat bagi GHL tertakluk kepada Malindo memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 Mei 2018. Pemberian GHL hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa Malindo telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh Malindo kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan GHL mereka.