Pilih satu Halaman

Newsroom / Announcements / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (“SMT”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (“SMT”)

30 Mei, 2017

MAVCOM memberikan SMT Kelulusan Bersyarat bagi GHL tertakluk kepada SMT memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 Mei 2018. Pemberian GHL hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa SMT telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh SMT kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan GHL mereka.