Pilih satu Halaman

Newsroom / Announcements / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Total Megalink Sdn. Bhd. (“Megalink”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Total Megalink Sdn. Bhd. (“Megalink”)

30 Mei, 2017

MAVCOM memberikan Megalink Kelulusan Bersyarat bagi GHL tertakluk kepada Megalink memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 Mei 2018. Pemberian GHL hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa Megalink telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh Megalink kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan GHL mereka.