Newsroom / Announcements / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) Jet Premier One (M) Sdn. Bhd. (“JPO”)
Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) Jet Premier One (M) Sdn. Bhd. (“JPO”)
MAVCOM memberikan JPO Kelulusan Bersyarat bagi ASP tertakluk kepada JPO memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2017 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 14 Oktober 2018. Pemberian ASP hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa JPO telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh JPO kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan ASP mereka.