Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Pengumuman / Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Select Fine Foods Sdn. Bhd. (“SFF”)

Pemberian Kelulusan Bersyarat bagi Lesen Pengendali Darat (“GHL”) kepada Select Fine Foods Sdn. Bhd. (“SFF”)

28 Feb, 2018

MAVCOM memberikan SFF Kelulusan Bersyarat bagi GHL tertakluk kepada SFF memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh MAVCOM. Kelulusan Bersyarat tersebut berkuatkuasa mulai 1 Februari 2018 dan sah untuk tempoh dua belas (12) bulan sehingga 31 Januari 2019. Pemberian GHL hendaklah tertakluk kepada MAVCOM berpuas hati bahawa SFF telah memenuhi semua keperluan Kelulusan Bersyarat dan bahawa tidak ada perubahan ketara terhadap mana-mana maklumat yang telah diberikan oleh SFF kepada MAVCOM dalam proses awal permohonan GHL mereka.