Ruang Berita / Pengumuman / Caj Perkhidmatan Pengawalseliaan
Caj Perkhidmatan Pengawalseliaan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM atau Suruhanjaya) mengikut subseksyen 18(2)(fa) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], telah melaksanakan caj perkhidmatan pengawalseliaan sebanyak RM1 yang akan dikenakan terhadap setiap penumpang yang berlepas dari mana-mana lapangan terbang komersial di Malaysia. Caj ini akan dikenakan kepada tiket penerbangan yang dibeli pada atau selepas tarikh 1 Mei 2018.
Caj perkhidmatan pengawalseliaan ini tidak akan dikenakan terhadap para penumpang yang menggunakan Perkhidmatan Luar Bandar Udara (RAS) di Sabah dan Sarawak. Ia juga tidak dikenakan terhadap para penumpang berikut:
- penumpang dalam transit terus;
- kru pesawat udara; dan
- kanak – kanak berumur dua tahun ke bawah.
Pelaksanaan peraturan ini akan membolehkan Suruhanjaya terus melakukan pelbagai inisiatif yang menjaga kepentingan pengguna bagi para penumpang di seluruh Malaysia serta membuat keputusan bebas dan adil bagi industri, agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada bahagian Soalan Lazim (FAQs) di sini.