Newsroom / News Releases / Pelantikan semula Anggota Suruhanjaya MAVCOM
Pelantikan semula Anggota Suruhanjaya MAVCOM
Pelantikan semula Anggota Suruhanjaya MAVCOM
KUALA LUMPUR, 4 MAC 2019 – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Menteri Pengangkutan telah melantik semula Anggota Suruhanjaya berikut untuk tempoh tambahan tiga tahun berkuatkuasa mulai 1 Mac 2019:
1. Dato’ Mah Weng Kwai
2. Datuk Seri Long See Wool
3. Dato’ Fauziah binti Yaacob
MAVCOM dan Anggota Suruhanjayanya akan meneruskan mandatnya sebagai entiti bebas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia perkara ekonomi dan komersial berhubungan dengan industri penerbangan awam di Malaysia, sambil memperjuangkan hak pengguna dalam sektor penerbangan. Mavcom merupakan sebuah suruhanjaya yang membiayai sendiri kos operasinya.