Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Pengumuman / Buletin Hak Trafik Udara (Mac 2019)

Buletin Hak Trafik Udara (Mac 2019)

29 Mac, 2019

Buletin ini menunjukkan Hak Trafik Udara (ATR) yang diberi oleh MAVCOM untuk bulan Mac 2019 serta Trafik Udara yang tersedia / dipulangkan / tamat tempoh:

Pemberian Hak Trafik Udara:

No.Laluan/kekerapanSyarikat penerbanganTarikh operasi
1KUL-DLI v.v./ 4x semingguAirAsia BerhadJul-19
2KUL-PEN v.v./ +7 semingguAirAsia BerhadJul-19
3PEN-MKZ v.v./ 7x semingguAirAsia BerhadJul-19
4BKI-JHB v.v./ +3 semingguAirAsia BerhadJun-19
5PEN-JHB v.v./ +3 semingguAirAsia BerhadMac-19
6KUL-CAN v.v./ 7x semingguAirAsia XJul-19
7KUL-NRT v.v./ 4x semingguAirAsia XJul-19
8PEN-KUA v.v./ 4x semingguFireflyMac-19
9SZB-PEN v.v./ +7 semingguFireflyMac-19
10KUL-PER v.v./ +51 kerusiMalaysia AirlinesMac-19
11KUL-DPS-SYD v.v./ 1,260 kerusiMalindo AirJun-19
12BKI-WUH v.v./ +1 semingguMalindo AirMei-19
13KUL-CTU v.v./ 7x semingguMalindo AirMei-19
14KUL-JHB v.v./ +5 semingguMalindo AirMac-19
15KUL-KCH-HKG-KUL 1x semingguMABKargoMac-19
16PEN-SIN v.v./ 4x semingguMyJet XpressMac-19

Hak Trafik yang Tersedia / Dipulangkan / Tamat Tempoh:

NegaraLaluanKuantitiTarikh penguatkuasaanDipegang oleh
ChinaKUL-KWE4x5-Mac-19AirAsia X
ChinaKUL-DLC4x26-Mac-19AirAsia X
FilipinaKUL-MNL7x28-Mac-19Malindo Air
AustraliaKUL-DPS-SYD1,260 seats31-Mac-19Malindo Air
MacauKUL-LBU-MFM-KUL1x8-Mac-19MABKargo

Syarikat penerbangan dikehendaki mengembalikan surat kelulusan kepada Suruhanjaya untuk sebarang hak trafik udara yang telah tamat tempoh atau dibatalkan.

Di samping itu, Suruhanjaya menghendaki semua syarikat penerbangan untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya berkenaan penyerahan / tamat tempoh / kegagalan untuk mengendalikan laluan yang diberikan oleh Suruhanjaya dalam tempoh tujuh (7) hari akan datang dari tarikh buletin ini.

Jumlah besar sebagai rujukan:

Jumlah Hak Trafik Udara Diluluskan 01 Jan 19 – 31 Mac 19

Syarikat PenerbanganJumlah Hak Trafik Udara Domestik & Antarabangsa DiberikanGagal Beroperasi Dalam Tempoh 6 BulanPermohonan Yang Ditarik Balik Selepas Diluluskan
AirAsia22100
AirAsia X430
Firefly200
Malaysia Airlines*920
Malindo Air1550
Raya Airways000
MyJet Xpress100
MASwings000
Jumlah53200
Note * : Termasuk MABkargo

Bagi tempoh Jan-Mac 2019, MAVCOM telah meluluskan pemberian 53 ATR domestik dan antarabangsa, dengan AirAsia menerima kelulusan ATR yang paling banyak dengan 22 ATR, diikuti oleh Malindo Air dengan 15 ATR. AirAsia telah gagal menggunakan 10 ATR dan ini diikuti oleh Malindo Air dengan 6 ATR. Secara keseluruhan, 21 daripada kesemua kelulusan yang diberikan oleh pihak MAVCOM tidak digunakan oleh syarikat penerbangan bagi tempoh Jan-Mac 2019.

Jumlah Hak Trafik Udara Diluluskan 01 Jan 18 – 31 Dis 18

Syarikat PenerbanganJumlah Hak Trafik Udara Domestik & Antarabangsa DiberikanGagal Beroperasi Dalam Tempoh 6 BulanPermohonan Yang Ditarik Balik Selepas Diluluskan
AirAsia9860
AirAsia X20110
Firefly400
Malaysia Airlines*2460
Malindo Air52350
Raya Airways400
MASwings300
Jumlah205580
Note * : Termasuk MABkargo

Pada tahun 2018, MAVCOM telah meluluskan sebanyak 205 ATR domestik dan antarabangsa. AirAsia menerima kelulusan ATR yang paling banyak dengan 98 ATR dan MASwings menerima kelulusan ATR yang paling kurang iaitu 3 ATR. Setiap ATR yang diluluskan oleh MAVCOM mempunyai tempoh sah selama 6 bulan untuk syarikat penerbangan itu memulakan operasi. Sekiranya gagal, ATR tersebut secara automatik akan dibatalkan dan dikembalikan kepada MAVCOM. Dalam hal ini, Malindo Air gagal mengendalikan 35 ATR, diikuti oleh AirAsia X dengan 11 ATR. Secara keseluruhan, 58 daripada semua kelulusan yang diberikan oleh pihak MAVCOM tidak digunakan oleh syarikat penerbangan dalam tempoh tahun 2018.