Ruang Berita / Pengumuman / MAVCOM Menamatkan Moratorium ke atas Permohonan Lesen Pengendali Darat
MAVCOM Menamatkan Moratorium ke atas Permohonan Lesen Pengendali Darat
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan menamatkan moratorium ke atas permohonan baru bagi Lesen Pengendali Darat (GHL) mulai 1 Jun 2019. Moratorium yang dikenakan oleh Suruhanjaya pada 25 April 2016 ini merupakan sebahagian daripada usaha Suruhanjaya untuk merasionalisasi industri pengendalian darat, di mana objektifnya adalah untuk memastikan jumlah pengendali darat yang sah, serta untuk memangkin sektor pengendalian darat yang lebih kukuh di Malaysia.
Pada permulaan proses rasionalisasi, MAVCOM telah mengenal pasti sebanyak 64 entiti yang menyediakan atau mendakwa menyediakan perkhidmatan pengendalian darat. Setiap entiti tersebut diberi peluang untuk mendaftar dengan MAVCOM dan memohon untuk mendapatkan GHL seperti yang dinyatakan dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Senarai Pengendali Darat yang diluluskan boleh didapati di sini.
Mana-mana entiti yang berhasrat untuk memohon mendapatkan GHL, borang permohonan serta senarai kriteria boleh didapati di pautan ini.