Ruang Berita / Pengumuman / Pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (“MACPC”)
Pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (“MACPC”)
Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2019 [P.U. (B) 250/2019] telah diwartakan pada 10 Mei 2019 dan akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2019.
Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016, telah dirangka dengan objektif utama untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna penerbangan. MACPC digubal sejajar dengan Konvensyen Montreal 1999 dan International Civil Aviation Organisation (ICAO)’s Core Principles on Consumer Protection.
Pindaan yang dibuat kepada MACPC telah mengambil kira maklum balas daripada pengguna serta konsultasi dengan pihak berkepentingan industri penerbangan.
Pindaan kepada MACPC ini meliputi peruntukan baru serta penambahbaikan peruntukan asal. Berikut adalah antara pindaan-pindaan utama MACPC:
- penzahiran sepenuhnya harga muktamad tambang penerbangan;
- penzahiran terma dan syarat utama sebelum pembelian tiket;
- peremitan bayaran balik dalam tempoh 30 hari;
- komunikasi, pampasan dan jagaan bagi penjadualan semula penerbangan yang telah dirancang dan pemberhentian laluan;
- hak perkhidmatan kerusi roda bagi orang kurang upaya;
- obligasi syarikat penerbangan untuk menerbitkan dalam laman webnya hak pengguna di bawah MACPC, tanpa mengambil kira samada pengguna membeli insurans perjalanan ataupun tidak; dan
- tanggungjawab penyedia perkhidmatan penerbangan untuk memastikan kakitangannya memiliki pengetahuan mengenai MACPC.
Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2019 boleh didapati di halaman ini.