Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Pengumuman / Gangguan Sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Gangguan Sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

23 Ogo, 2019

 

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) khuatir dengan kesulitan besar yang dialami oleh pengguna penerbangan disebabkan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MAVCOM sentiasa berusaha untuk mengukuhkan industri penerbangan di Malaysia. Sebahagian daripada fungsi Suruhanjaya adalah untuk menyediakan mekanisme untuk perlindungan pengguna penerbangan, dan kami amat tidak berpuas hati terhadap situasi yang sedang berlaku di KLIA.

Kami berhubung dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan ingin mereka memaklumkan penumpang serta syarikat penerbangan apabila operasi akan kembali normal semasa menangani krisis yang sedang berlaku. Kami faham bahawa MAHB sedang bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk memulihkan operasi lapangan terbang tersebut.

Kami akan terus memantau dan menilai tahap perkhidmatan di KLIA menerusi Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang serta Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).