Pilih satu Halaman
Ruang Berita / Kenyataan Media / MAVCOM Mengeluarkan Surat Amaran Kepada Scanda Sky

MAVCOM Mengeluarkan Surat Amaran Kepada Scanda Sky

29 Nov, 2019

 

MAVCOM Mengeluarkan Surat Amaran Kepada Scanda Sky
Menggesa para pengguna untuk lebih berwaspada ketika mengatur jadual perjalanan

KUALA LUMPUR, 29 November 2019: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (“MAVCOM” atau “Suruhanjaya”) memaklumkan para pengguna bahawa Scanda Sky PLT (“Scanda Sky”) bukanlah sebuah syarikat penerbangan berlesen di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

Berdasarkan beberapa laporan berita, Scanda Sky telah menjalankan penerbangan sulungnya pada 27 November 2019 dari Ipoh ke Guangzhou, China. Suruhanjaya juga mengambil maklum bahawa Scanda Sky telah mengiklankan dan mempromosikan jadual penerbangan komersil di laman sesawangnya, menggambarkan bahawa ia adalah syarikat penerbangan yang berlesen.

Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa Scanda Sky bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Udara (“ASL”) mahupun Permit Perkhidmatan Udara (“ASP”) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta 771. Ia juga bukanlah pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3].

ASL atau ASP diperlukan bagi membawa penumpang, mel atau kargo melalui udara, untuk sewa atau upah dalam perjalanan berjadual atau tidak berjadual di antara dua tempat atau lebih, yang sekurang-kurangnya satu daripada tempat itu berada di Malaysia. Oleh yang demikian, Scanda Sky mungkin telah menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai melalui laporan-laporan berita tersebut dan melalui laman sesawangnya yang menyatakan bahawa Scanda Air merupakan sebuah syarikat penerbangan Malaysia yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan sedemikian.

Suruhanjaya juga sedia maklum bahawa Scanda Sky telah memeterai suatu perjanjian charter dengan Malaysia Airlines Berhad dan penerbangan tersebut dikendalikan oleh Malaysia Airlines Berhad.

Suruhanjaya telah mengeluarkan satu surat amaran kepada Scanda Sky mengarahkan syarikat tersebut untuk memberhentikan pemasaran perkhidmatan yang disediakan serta aktiviti pengiklanan yang menggambarkan ia sebagai sebuah syarikat penerbangan komersil.

MAVCOM menggesa para pengguna untuk lebih berwaspada ketika mengatur jadual penerbangan dan perjalanan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

download

download

download

download

download

download

download

download

download

download

download