Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Pengumuman / Kertas Pendirian (Position Paper) terhadap struktur industri lapangan terbang di Malaysia

Kertas Pendirian (Position Paper) terhadap struktur industri lapangan terbang di Malaysia

4 Dis, 2019

 

MAVCOM telah mengeluarkan sebuah kertas pendirian berkenaan struktur optimum bagi sektor lapangan terbang komersial di Malaysia. Kertas ini membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi sektor lapangan terbang di Malaysia, serta memberikan syor-syor mengenai penstrukturan yang harus dilakukan bagi sektor tersebut.  

Sorotan utama kertas pendirian MAVCOM ini adalah penekanan mengenai keperluan bagi pengendali lapangan terbang untuk mempunyai lebih kebebasan dan autonomi dari segi komersial. Walaupun kajian MAVCOM menunjukkan bahawa pengendali lapangan terbang boleh berjaya di bawah pelbagai struktur pemilikan mahupun industri, pengendali lapangan terbang juga seharusnya mempunyai keupayaan untuk beroperasi secara komersial dengan sepenuhnya.

Kertas ini boleh didapati di pautan ini.