Ruang Berita / Pengumuman / Bagaimana Anda Boleh Melindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus (COVID-19) Ketika Anda Melancong?
Bagaimana Anda Boleh Melindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus (COVID-19) Ketika Anda Melancong?
Ingin melancong semasa wabak COVID-19?
Berikutan dengan wabak Coronavirus (COVID-19) dan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan untuk menguat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 sebagai langkah untuk membendung penularan wabak tersebut.
During this period, the Order indicates that:
     (i)  Sekatan menyeluruh untuk semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
     (ii) Warganegara Malaysia yang baru pulang dari luar negara dikehendaki menjalankan
        pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self-quarantine)
        selama 14 hari
     (iii) Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara..
Perjalanan domestik juga tidak digalakkan dalam tempoh ini.
Klik pada pautan di bawah untuk mengetahui garis panduan yang disediakan oleh Malaysia Airports semasa Perintah Kawalan Pergerakan: http://www.klia.com.my/passenger-guide/faq-covid-19-mco
Memandangkan itu, berikut adalah beberapa panduan dan tips untuk kekal selamat jika anda dikehendaki untuk berjalan pada waktu ini:
Semak status penerbangan anda
Wabak Coronavirus yang semakin teruk telah menyebabkan banyak pembatalan penerbangan. Sekiranya anda perlu melakukan perjalanan semasa wabak, anda dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan anda sebelum pergi ke lapangan terbang.
Tiba di lapangan terbang awal
Disebabkan wabak ini, mungkin terdapat banyak langkah tambahan untuk berjaga-jaga demi mengurangkan risiko jangkitan di lapangan terbang dan penerbangan anda. Oleh itu, proses berlepas mungkin mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk menampung pemeriksaan kesihatan dan langkah-langkah penting yang lain. Anda disyorkan untuk tiba ke lapangan terbang lebih awal amat supaya mempunyai cukup masa untuk menjalani semua prosedur yang diperlukan untuk keselamatan anda.
Mengamalkan Jarak Sosial ‘Social Distancing’
Semakin ramai orang yang anda berjumpa dan bersentuhan, lebih banyak kemungkinan anda untuk terdedah kepada jangkitan. Untuk mengurangkan risiko, pastikan anda berada dijarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mana-mana individu yang batuk atau / dan bersin. Perintah Kawalan Pergerakan melarang perhimpunan orang ramai di mana-mana lokasi, tetapi amalan jarak social (social distancing) perlu dipraktiskan selagi COVID-19 masih berisiko.
Langkah berjaga-jaga
Pertahanan terbaik anda terhadap COVID-19 ini adalah kebersihan yang baik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) mencadangkan supaya kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pembersih tangan. Juga elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda selepas bersentuhan dengan sebarang permukaan, dan tutup mulut anda apabila batuk dan bersin (dan kemudian basuh tangan anda). Secara amnya, yang terbaik adalah untuk mengelakkan perjalanan jika anda tidak sihat.
Petua lain boleh didapati di sini: https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public
Sentiasa Mengikuti Perkembangan Terkini
Di luar Perintah Kawalan Pergerakan semasa, anda dinasihatkan untuk memantau berita mengenai sekatan perjalanan dalam hal perkembangan ke destinasi yang anda ingin menghala. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai disini: https://www.iatatravelcentre.com/international-travel-document-news/1580226297.htm
Adakah saya layak untuk bayaran balik tiket penerbangan
Sekiranya penerbangan anda ke mana-mana kawasan yang terjejas dibatalkan oleh syarikat penerbangan, atau anda dilarang meneruskan perjalanan oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan, anda berhak meminta bayaran balik. Dalam sebarang kes lain, nilai bayaran balik anda akan berdasarkan terma dan syarat yang dinyatakan dalam tiket penerbangan anda.
Ketahui lebih lanjut mengenai pembatalan dan bayaran balik di Gangguan Penerbangan- Soalan Lazim COVID-19