Ruang Berita / Pengumuman / Kelulusan Hak Trafik Udara Menurun Sebanyak 74.3 Peratus pada Separuh Pertama 2020
Kelulusan Hak Trafik Udara Menurun Sebanyak 74.3 Peratus pada Separuh Pertama 2020
Malaysia Airlines dan Malindo Air, Penerima Tertinggi dengan 14 Kelulusan Hak Trafik UdaraÂ
KUALA LUMPUR, 13 Julai 2020 – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengeluarkan makluman terkini mengenai peruntukan Hak Trafik Udara (ATR) bagi separuh tahun, merangkumi peruntukan ATR MAVCOM untuk sektor penerbangan awam Malaysia untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2020.Â
Kelulusan ATR pada separuh pertama tahun ini mengalami penurunan sebanyak 74.3 peratus dari separuh kedua 2019, serta pengurangan sebanyak 27 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.Â
Dalam tempoh yang dikaji, Suruhanjaya telah meluluskan 27 permohonan ATR, bersamaan dengan 87.1 peratus daripada permohonan yang diterima. Dua peruntukan ATR adalah untuk destinasi domestik sementara selebihnya iaitu sebanyak 25 permohonan ATR adalah untuk destinasi antarabangsa. Kelulusan untuk laluan antarabangsa adalah sebanyak tujuh untuk destinasi di China, satu untuk Amsterdam, satu untuk Auckland dan 16 lagi adalah untuk destinasi Asia yang lain.Â
Dari segi peruntukan berdasarkan lapangan terbang, 20 ATR telah diluluskan untuk penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL), dua dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB), dan lima dari lapangan terbang lain di Malaysia.Â
Daripada 27 kelulusan ATR untuk separuh pertama tahun ini, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Malindo Airways Sdn. Bhd. (Malindo Air) menerima jumlah kelulusan tertinggi, berjumlah 14 ATR. Sementara itu, AirAsia Berhad menerima enam kelulusan, AirAsia X Berhad dengan lima kelulusan, Raya Airways serta My Jet Xpress masing-masing menerima satu kelulusan. Selain itu, 39 ATR yang telah diluluskan sebelum separuh pertama tahun 2020 tidak digunakan oleh syarikat penerbangan yang memohon. ATR ini kemudian dikembalikan kepada MAVCOM pada separuh pertama tahun ini. Jumlah ATR paling tinggi yang tidak digunakan adalah dari AirAsia Group Berhad (17). Ini diikuti oleh Malindo Air (15), MAB (lima), Fly Firefly Sdn. Bhd. (Firefly) (satu) dan Raya Airways Sdn. Bhd. (Satu).Â
Untuk mengurangkan cabaran pentadbiran syarikat penerbangan yang disebabkan oleh wabak COVID-19 ini, Suruhanjaya telah mengendurkan syarat yang membatalkan ATR yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh pemberian kelulusan kepada syarikat penerbangan secara automatik, berkuatkuasa pada 5 Jun 2020. Keputusan ini membolehkan syarikat penerbangan berjadual Malaysia untuk mengekalkan portfolio ATR mereka untuk tempoh yang tidak terhad sehingga diberitahu kelak.Â
Pengenduran syarat ini tidak terpakai untuk ATR yang telah tamat tempoh masa dan telah dibatalkan, serta untuk laluan di mana syarikat penerbangan memberhentikan perkhidmatan di atas kehendak mereka sendiri.Â
Laporan Hak Trafik Udara dikeluarkan dua kali setahun dan maklumat tersebut boleh didapati di laman web MAVCOM di www.mavcom.my.