Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Pengumuman / Permintaan Pemulangan Semula dan Pembatalan Penerbangan Melebihi Jumlah Aduan pada Setengah Tahun Pertama 2020

Permintaan Pemulangan Semula dan Pembatalan Penerbangan Melebihi Jumlah Aduan pada Setengah Tahun Pertama 2020

24 Ogo 2020

 

KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2020 – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) hari ini menerbitkan Laporan Pengguna kelapannya untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2020.

Dalam laporan dwi tahunan itu, Suruhanjaya memaklumkan bahawa sebanyak 384 aduan telah diajukan, di antaranya sebanyak 381 aduan adalah terhadap kepada syarikat penerbangan. Sementara itu sebanyak 3 aduan lagi adalah aduan terhadap lapangan terbang. Ini diterjemahkan kepada pengurangan 52.6 peratus daripada sebanyak 810 aduan yang dibuat dalam tempoh yang sama pada tahun 2019. MAVCOM menekankan bahawa 90.9 peratus daripada 384 aduan telah berjaya diselesaikan dan ditutup. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya juga telah menerima sebanyak 2,340 permintaan pemulangan semula berkaitan dengan COVID-19 dari pengguna, di mana sebanyak 2,146 permintaan adalah permintaan untuk pemulangan semula dan sebanyak 194 permintaan adalah untuk perubahan tarikh penerbangan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya juga telah menerima sebanyak 490 aduan dengan dokumentasi yang tidak lengkap dan oleh itu tidak dapat dinilai secara adil. Suruhanjaya juga telah menerima sebanyak 79 aduan di mana berdasarkan penilaian yang dibuat, syarikat penerbangan atau lapangan terbang yang berkenaan telah memenuhi tanggungjawab mereka di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), maka tiada langkah yang seterusnya diperlukan. Suruhanjaya juga telah menerima sebanyak 79 aduan yang berada di luar bidang kuasa MACPC.

Laporan ini juga menunjukkan bahawa sebanyak 57.8 peratus aduan yang diterima dari 1 Januari 2020 hingga 30 Jun 2020 telah mengakibatkan syarikat penerbangan menarik balik keputusan asal mereka dan memberikan resolusi yang lebih adil serta memuaskan bagi pengguna berbanding daripada keputusan asal yang telah dibuat dahulu. Ini mewakili kenaikan 3.8 peratus berbanding dengan tempoh 1 Januari 2019 hingga 30 Jun 2019.

Berbanding dengan syarikat penerbangan lain, Malaysia Airlines telah mencatat jumlah aduan yang tertinggi bagi setiap juta penumpang dalam tempoh setengah tahun. Syarikat penerbangan itu menerima sebanyak 44 aduan untuk setiap sejuta penumpang yang menaiki penerbangannya.

Penerima tertinggi kedua dan ketiga adalah Malindo Air (32) dan AirAsia X (24) aduan bagi setiap sejuta penumpang.

Bagi syarikat penerbangan, proses pemulangan semula, kerosakan bagasi dan pembatalan penerbangan adalah tiga kategori aduan teratas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 51.4 peratus aduan. Sebaliknya, untuk lapangan terbang, aduan yang diterima kebanyakannya adalah berkaitan dengan kemudahan lapangan terbang dan keselamatan lapangan terbang.

Laporan Pengguna juga melaporkan pelbagai inisiatif lain yang telah diambil oleh MAVCOMuntuk memperkuatkan dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai hak perjalanan udara. Selaras dengan usaha MAVCOM bagi memastikan tahap kualiti servis di lapangan terbang di seluruh negara berada dalam keadaan yang memuaskan, Suruhanjaya telah meneruskan pelaksanaan Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (QoS).Pada 30 Jun 2020, 20 daripada 28 elemen kualiti perkhidmatan telah dilaksanakan di keduadua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Selebihnya lapan elemen dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2021.

YBhg. Datuk Seri Saripuddin Haji Kasim, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, menegaskan bahawa, “Kebimbangan terhadap isu kesihatan dan sekatan perjalanan kerana pandemik COVID-19 telah menyebabkan industri penerbangan mengalami satu tempoh yang paling mencabar. Walaupun perkhidmatan penerbangan telah mula beroperasi secara progresif, permintaan untuk perjalanan udara tetap jauh lebih rendah berbanding sebelum wabak ini berlaku. Walaupun Suruhanjaya tidak meramalkan pemulihan penuh dalam jangka masa terdekat ini, kami akan meneruskan mandat kami untuk melindungi hak pengguna yang mengunakan perkhidmatan udara di seluruh negara.”

Laporan Pengguna boleh didapati di laman web MAVCOM di www.mavcom.my. Laporan Pengguna MAVCOM dikeluarkan setiap dwi tahunan oleh MAVCOM.

 Laporan Pengguna sepenuhnya boleh didapati dalam bentuk PDF di sini.

download

download

download

download

download

download

download

download

download

download

download