Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Kenyataan Media / MAVCOM Mengalu-alukan YM Raja Azmi bin Raja Nazuddin sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang Baru

MAVCOM Mengalu-alukan YM Raja Azmi bin Raja Nazuddin sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang Baru

14 Sep 2020

 

KUALA LUMPUR, 14 September 2020 – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ingin  mengumumkan pelantikan YM Raja Azmi bin Raja Nazuddin sebagai Ketua Pegawai Operasi yang  baru, berkuatkuasa pada 15 September 2020. 

Suruhanjaya mengalu-alukan perlantikan YM Raja Azmi yang mempunyai pengetahuan dan  pengalaman yang luas dalam industri penerbangan serta sektor korporat. MAVCOM yakin YM Raja  Azmi akan dapat memimpin Suruhanjaya dengan baik untuk mempromosikan sektor penerbangan  awam yang memberi fokus kepada pengguna serta berdaya tahan. 

YM Raja Azmi akan menggantikan Encik Azmir Zain yang telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua  Pegawai Operasi MAVCOM, berkuatkuasa pada 14 Ogos 2020. Beliau telah menyatakan hasrat beliau  untuk meninggalkan Suruhanjaya pada pertengahan tahun ini bagi meneruskan minatnya dalam bidang  yang lain. Encik Azmir telah bersama Suruhanjaya sebagai Ketua Pegawai Operasi sejak 1 April 2016. 

Bagi pihak anggota Suruhanjaya, pengurusan kanan dan staf MAVCOM, YBhg. Datuk Seri Saripuddin  Hj Kasim, Pengerusi Eksekutif, MAVCOM, ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada Encik Azmir di atas kepemimpinan dan sumbangan beliau terhadap industri penerbangan  negara, perlindungan pengguna dan Suruhanjaya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di  MAVCOM. Encik Azmir telah menjalankan tugasnya dengan penuh integriti, tegas dan profesional serta berpegang teguh pada komitmen dan terhadap piawaian yang tinggi dalam memastikan Suruhanjaya  beroperasi mengikut peruntukan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771]. MAVCOM  mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Azmir. 

YM Raja Azmi pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports  Holdings Berhad dari 4 Januari 2019 hingga 6 Januari 2020. Sebelum itu, beliau adalah merupakan  Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan pengurusan  kanan di beberapa entiti yang tersenarai dan juga entiti yang tidak tersenarai. YM Raja Azmi adalah  merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Bath, UK. Beliau juga  merupakan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia.