Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Kenyataan Media / MAVCOM Menjangkakan Trafik Penumpang bagi Tahun 2021 akan Pulih antara 94.2 Peratus dan 100.3 Peratus Tahun ke Tahun

MAVCOM Menjangkakan Trafik Penumpang bagi Tahun 2021 akan Pulih antara 94.2 Peratus dan 100.3 Peratus Tahun ke Tahun

8 Dis 2020

 

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2020 – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) hari  ini menerbitkan laporan industri edisi kelapan, Waypoint. Laporan ini memberi gambaran  keseluruhan prestasi sektor penerbangan Malaysia pada suku ketiga untuk tahun 2020 dan  memaparkan prospek industri bagi tahun 2021. 

Dalam Waypoint edisi Jun 2020, MAVCOM meramalkan bahawa trafik penumpang tahun ini  akan berkurangan antara 48.7 peratus dan 50.3 peratus dari tahun ke tahun disebabkan oleh  permintaan penumpang yang lemah selama lima bulan pertama untuk tahun 2020 (54.3 juta  – 56.0 juta penumpang). Ini disebabkan kerana jangkaan faktor beban yang lebih rendah dan  jangka masa pemulihan kapasiti tempat duduk yang lebih lama oleh syarikat-syarikat 

penerbangan berbanding ramalan sebelumnya. Sehubungan ini, MAVCOM telah menyemak  semula ramalan trafik penumpang pada tahun 2020. Suruhanjaya menjangkakan terdapat  pengurangan trafik penumpang antara 72.8 peratus hingga 75.7 peratus dari tahun ke tahun,  yang bermakna terdapat pengurangan antara 26.6 juta hingga 29.7 juta penumpang tahun ini. 

Trafik penumpang Malaysia menurun ke tahap paling rendah dalam sejarah penerbangan negara. Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 97.0 peratus pada suku kedua tahun  2020, dimana jumlah penumpang pada suku kedua 2019 adalah seramai 26.7 juta dan telah  berkurang kepada 802,525 pada suku kedua tahun ini. Penurunan ini disebabkan oleh faktor  beban yang lebih rendah dan tempoh pemulihan kapasiti tempat duduk yang lebih panjang oleh syarikat-syarikat penerbangan kerana pengurangan penawaran kapasiti tempat duduk.  Walaubagaimanapun, trafik penumpang pulih sedikit pada suku ketiga pada tahun 2020,  dimana terdapat penurunan yang lebih kecil iaitu 83.3 peratus tahun ke tahun. Pemulihan  sedikit ini disebabkan oleh kelonggaran sekatan terhadap perjalanan domestik. 

MAVCOM menganggarkan bahawa trafik penumpang akan pulih pada tahun 2021, iaitu di  antara 94.2 peratus dan 100.3 peratus tahun ke tahun, yang bermaksud 51.7 hingga 53.3 juta peningkatan ketibaan penumpang untuk tahun depan. Syarikat-syarikat penerbangan  dijangka dapat meningkatkan kapasiti tempat duduk secara beransur-ansur kerana sekatan  perjalanan antarabangsa mungkin ditamatkan pada tahun 2021. Walaubagaimanapun,  ramalan adalah berdasarkan kepada prestasi industri yang bergantung pada pelbagai faktor luaran termasuk penyelesaian terhadap pandemik COVID-19, langkah-langkah yang diambil  untuk penjagaan kesihatan awam dan juga tingkah laku pengguna. 

Tambang purata oleh syarikat-syarikat penerbangan Malaysia telah menurun kepada RM275  pada suku ketiga, berbanding dengan RM369 pada suku kedua 2020 kerana syarikat-syarikat penerbangan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh tanpa melaksanakan peraturan  jarak jauh dalam penerbangan (ISD). Penurunan ini juga disebabkan oleh promosi  penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan Malaysia untuk menarik  penumpang terbang dalam negara setelah sekatan perjalanan domestik ditarik balik. 

Hasil berisiko bagi syarikat-syarikat penerbangan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan asing dijangka meningkat antara RM14.3 bilion hingga RM6.7 bilion,  peningkatan berbanding anggaran sebelumnya iaitu antara RM11.3 bilion hingga RM4.6  bilion. Bagi pengendali aerodrom Malaysia, hasil berisiko yang terbit daripada caj  perkhidmatan penumpang dianggarkan berjumlah RM717.7 juta. Ini bermakna terdapat peningkatan hasil berisiko daripada anggaran sebelumnya sebanyak RM500.0 juta.  Keseluruhannya, hasil berisiko untuk kedua-dua syarikat-syarikat penerbangan dan  pengendali aerodrom dianggarkan berjumlah RM15.0 bilion, peningkatan daripada unjuran  sebelumnya sebanyak RM11.8 bilion. 

Perhubungan udara (air connectivity) untuk lapangan terbang Kuala Lumpur (KUL) meliputi  (KLIA dan klia2) jatuh ke tempat keenam di ASEAN daripada tempat ketiga tahun lalu.  Penurunan kedudukan ini disebabkan oleh pengurangan 95.8 peratus tahun ke tahun dalam  jumlah tempat duduk antarabangsa dari KUL, yang dicatatkan sebagai salah satu penurunan  terbesar di antara lapangan terbang utama di ASEAN kerana pandemik COVID-19. Sama  seperti lapangan terbang tersibuk di ASEAN, KUL mengalami penurunan dalam jumlah  destinasi antarabangsa dan kapasiti tempat duduk, sebagai akibat dari sekatan sempadan  yang dikenakan oleh kerajaan untuk membendung penyebaran COVID-19. 

YBhg. Datuk Seri Saripuddin, Pengerusi Eksekutif MAVCOM berkata, “ Industri penerbangan  telah menjadi salah satu sektor yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19 bukan hanya  di Malaysia tetapi juga di peringkat global. Hasilnya, kami melihat syarikat-syarikat penerbangan menggunakan pelbagai langkah untuk kelangsungan perniagaan, termasuk  pemberhentian dan penstrukturan hutang. Memandangkan situasi yang tidak menentu,  beberapa kemungkinan yang berpotensi berlaku yang melibatkan lima syarikat-syarikat penerbangan tempatan dan kesan perhubungan udara telah dikenalpasti dan dianalisis serta diperincikan dalam laporan Waypoint terbaru.” 

“Walaupun prospek sektor ini sangat bergantung kepada kadar pemulihan dari COVID-19  secara tempatan, serantau dan global, Suruhanjaya berpendapat bahawa industri  penerbangan akan berada di perjalanan yang panjang menuju pemulihan.” 

Laporan Waypoint dikeluarkan setiap suku tahun dan matlumat tersebut boleh didapati di  laman web MAVCOM di www.mavcom.my.  

Laporan Waypoint boleh didapati dalam bentuk PDF di sini