Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Pengumuman / Buletin Hak Trafik Udara ( September 2021)

Buletin Hak Trafik Udara ( September 2021)

9 Oktober, 2021

 

Buletin ini menunjukkan Hak Trafik Udara (ATR) yang diberi oleh MAVCOM untuk bulan September 2021 serta Hak Trafik Udara yang tersedia / dipulangkan / tamat tempoh:

Hak Trafik Udara yang diberikan

No.Laluan/kekerapanSyarikat penerbanganTarikh operasi
1BKI-NNG v.v./ 7x seminggu (kargo sahaja)AirAsia BerhadSep-21
2KUL-BKI-HKG v.v./ 7x seminggu (kargo sahaja)AirAsia XSep-21
3KUL-BLR v.v./ 4x seminggu (kargo sahaja)AirAsia XSep-21
4KUL-HKG v.v./ +4x seminggu (kargo sahaja)AirAsia XSep-21
5KUL-LBU-BKI-HAN-KUL/ 1x semingguMABKargoSep-21
6KUL-JHB-KCH-KUL/ 2x semingguMABKargoOkt-21
7KUL-MNL v.v./ 1x semingguMABKargoOkt-21
8BKI-MFM v.v./ 4x semingguMyJet ExpressSep-21
9KUL-MFM v.v./ 3x semingguMyJet ExpressSep-21
10KUL-BKI v.v./ 21x semingguWorld Cargo AirlineSep-21
11KUL-KCH v.v./ 1x semingguWorld Cargo AirlineSep-21
12KUL-MYY v.v./ 10x semingguWorld Cargo AirlineSep-21
13KUL-SZX v.v./ 5x semingguWorld Cargo AirlineSep-21
14KUL-TWU v.v./ 2x semingguWorld Cargo AirlineSep-21

Hak Trafik yang Tersedia / Dipulangkan / Tamat Tempoh

NegaraLaluanKuantitiTarikh PenguatkuasaanDipegang OlehCatatan
MacauBKI-MFM-KUL2x7-Sep-21MyJet XpressDipulangkan
MacauBKI-MFM-KCH3x7-Sep-21MyJet XpressDipulangkan
FilipinaKUL-BKI-MNL-KUL1x21-Sep-21MABKargoDipulangkan

Syarikat penerbangan dikehendaki mengembalikan surat kelulusan kepada Suruhanjaya untuk sebarang Hak Trafik Udara yang telah tamat tempoh atau dibatalkan.

Jumlah keseluruhan sebagai rujukan:

Jumlah ATR yang diberikan pada bulan Januari – September 2021

Syarikat PenerbanganJumlah Hak Trafik Udara Domestik & Antarabangsa yang diberikanPermohonan yang diserah balik selepas diluluskan
AirAsia40
AirAsia X70
Malaysia Airlines*111
Malindo Air10
Raya Airways20
MyJet Xpress245
World Cargo Airlines60
JUMLAH 556
Nota* : Termasuk MABkargo

PENDEKATAN UNTUK MERINGANKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT PENERBANGAN

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyedari kesukaran yang dihadapi syarikat penerbangan disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda. Sebagai pengawal selia ekonomi untuk industri penerbangan awam, MAVCOM berusaha untuk membantu syarikat penerbangan dalam persiapan mereka untuk memulakan semula perkhidmatan penuh secara beransur-ansur.

Oleh itu, untuk meringankan beban pentadbiran syarikat penerbangan, perenggan 6 di bawah syarat-syarat yang dilampirkan bersama semua hak trafik yang sah (“Syarat 6”) adalah dikeluarkan mulai 5 Jun 2020 sehingga diumumkan kelak. Syarat 6 menyatakan bahawa, “Syarikat penerbangan akan memulakan operasinya dan menggunakan semua hak trafik udara yang dikeluarkan kepadanya dalam tempoh enam bulan dari tarikh pemberian untuk pengoperasian hak trafik udara seperti yang diperincikan dalam surat ini. Hak trafik udara atau kapasiti hak trafik udara yang tidak digunakan oleh syarikat penerbangan setelah berakhirnya jangka waktu yang ditetapkan akan dianggap terbatal serta merta”.

Ingin dimaklumkan bahawa pindaan ini adalah tidak berkaitan dengan hak trafik udara yang telah dianggap sudah tamat tempoh dan dibatalkan secara automatik, serta untuk laluan di mana syarikat penerbangan telah memberhentikan perkhidmatan mereka atas kehendak sendiri. Syarat-syarat lain yang dilampirkan bersama hak trafik udara adalah masih sah dan terpakai.

Sebarang perubahan selanjutnya terhadap syarat-syarat yang dilampirkan pada hak trafik udara, yang mungkin termasuk kemasukan semula Syarat 6, akan dimaklumkan kepada syarikat penerbangan sewajarnya.