Ruang Berita / Pengumuman / Buletin Hak Trafik Udara (November 2021)
Buletin Hak Trafik Udara (November 2021)
Buletin ini menunjukkan Hak Trafik Udara (ATR) yang diberi oleh MAVCOM untuk bulan November 2021 serta Hak Trafik Udara yang tersedia / dipulangkan / tamat tempoh:
Hak Trafik Udara yang diberikan
No. | Laluan/kekerapan | Syarikat penerbangan | Tarikh operasi |
---|---|---|---|
1 | BKI-KBR v.v./ +4x seminggu | AirAsia Berhad | Nov-21 |
2 | JHB-LGK v.v./ +7x seminggu | AirAsia Berhad | Dis-21 |
3 | PEN-MYY v.v./ 3x seminggu | AirAsia Berhad | Dis-21 |
4 | KUL-LGK v.v./ +9x seminggu | AirAsia Berhad | Dis-21 |
5 | KUL-MAA v.v./ 3x seminggu (kargo sahaja) | AirAsia X | Nov-21 |
6 | JHB-LGK v.v./ 3x seminggu | Malaysia Airlines Berhad | Dis-21 |
7 | SZB-LGK v.v./+7x seminggu | Malindo Air | Dis-21 |
8 | KUL-PEK v.v./ 2x seminggu | MABKargo | Nov-21 |
9 | KCH-MFM-KUL / 5x seminggu | World Cargo Airline | Nov-21 |
Jumlah keseluruhan sebagai rujukan:
Jumlah ATR yang diberikan pada bulan Januari – November 2021
Syarikat Penerbangan | Jumlah Hak Trafik Udara Domestik & Antarabangsa yang diberikan | Permohonan yang diserah balik selepas diluluskan |
---|---|---|
AirAsia | 9 | 0 |
AirAsia X | 8 | 0 |
Malaysia Airlines* | 16 | 1 |
Malindo Air | 2 | 0 |
Raya Airways | 2 | 0 |
MyJet Xpress | 24 | 5 |
World Cargo Airlines | 11 | 0 |
JUMLAH | 72 | 6 |
PENDEKATAN UNTUK MERINGANKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT PENERBANGAN
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyedari kesukaran yang dihadapi syarikat penerbangan disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda. Sebagai pengawal selia ekonomi untuk industri penerbangan awam, MAVCOM berusaha untuk membantu syarikat penerbangan dalam persiapan mereka untuk memulakan semula perkhidmatan penuh secara beransur-ansur.
Oleh itu, untuk meringankan beban pentadbiran syarikat penerbangan, perenggan 6 di bawah syarat-syarat yang dilampirkan bersama semua hak trafik yang sah (“Syarat 6”) adalah dikeluarkan mulai 5 Jun 2020 sehingga diumumkan kelak. Syarat 6 menyatakan bahawa, “Syarikat penerbangan akan memulakan operasinya dan menggunakan semua hak trafik udara yang dikeluarkan kepadanya dalam tempoh enam bulan dari tarikh pemberian untuk pengoperasian hak trafik udara seperti yang diperincikan dalam surat ini. Hak trafik udara atau kapasiti hak trafik udara yang tidak digunakan oleh syarikat penerbangan setelah berakhirnya jangka waktu yang ditetapkan akan dianggap terbatal serta merta”.
Ingin dimaklumkan bahawa pindaan ini adalah tidak berkaitan dengan hak trafik udara yang telah dianggap sudah tamat tempoh dan dibatalkan secara automatik, serta untuk laluan di mana syarikat penerbangan telah memberhentikan perkhidmatan mereka atas kehendak sendiri. Syarat-syarat lain yang dilampirkan bersama hak trafik udara adalah masih sah dan terpakai.
Sebarang perubahan selanjutnya terhadap syarat-syarat yang dilampirkan pada hak trafik udara, yang mungkin termasuk kemasukan semula Syarat 6, akan dimaklumkan kepada syarikat penerbangan sewajarnya.