Ruang Berita / Pengumuman / Pembaharuan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) AirAsia Berhad
Pembaharuan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) AirAsia Berhad
MAVCOM telah meluluskan pembaharuan ASL kepada AirAsia Berhad (“AirAsia”) bagi tempoh 6 bulan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2022 hingga 31 Mac 2023. MAVCOM boleh memperbaharui ASL tersebut untuk tempoh 6 bulan berikutnya dari tarikh 1 April 2023 hingga 30 September 2023 jika AirAsia mematuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh MAVCOM menjelang 31 Disember 2022.