Pilih satu Halaman

Ruang Berita / Pengumuman / Penjelasan MAVCOM Mengenai Tambang Kuala Lumpur ke Sandakan

 

Penjelasan MAVCOM Mengenai Tambang Kuala Lumpur ke Sandakan

19 Jun 2023

 

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ingin memberi pencerahan mengenai isu tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, yang mana tambangnya mencecah RM70,363.00 dan diuar-uarkan di media sosial. MAVCOM telah meminta AirAsia memberikan penjelasan mengenai perkara ini dengan kadar segera.

AirAsia mengesahkan bahawa tambang tersebut adalah diakibatkan oleh gangguan sistem yang tidak dijangka dan timbul daripada peningkatan sistem berjadual. Perkara ini telah diselesaikan dan pengguna tidak lagi dapat melihat tambang yang salah. AirAsia juga telah memberikan komitmennya untuk mengambil langkah-langkah tambahan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.

Tambang untuk tiket penerbangan tersebut dijual melalui airasia Superapp yang merupakan ejen pelancongan dalam talian (OTA). OTA tidak terletak di bawah bidang kuasa MAVCOM dan sebaliknya di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Pengguna digalakkan untuk menghubungi AirAsia sekiranya menghadapi isu yang sama atau memerlukan maklumat lanjut. Sila lawati halaman Butiran Syarikat Penerbangan dan Lapangan Terbang kami untuk mendapatkan butiran hubungan syarikat penerbangan tersebut.Â